Pendatang haram Yahudi dan rabi Glick cemar Masjidil Al-Aqsa.

Isnin, 30-05-2016 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi yang diketuai oleh rabi pelampau, Yehuda Glick, mencemar perkarangan Masjidil Al-Aqsa dengan kawalan ketat pihak polis rejim Israel pagi Isnin, kelmarin.

Sebahagian pendatang haram Yahudi itu, didapati turut melakukkan upacara sembahyang mereka dan telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan jemaah Islam yang berada di situ lalu melaungkan bantahan.

Glick menjadi ahli dewan perundangan Israel atau Knesset selepas perletakkan jawatan Moshe Ya’alon. Dia mendakwa kedatangan ke masjd tersebut sebagai kunjungannya yang terakhir sebelum dia mengangkat sumpah sebagai ahli Knesset.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin