15 orang warga Palestin ditahan di Tebing Barat

Isnin, 30-05-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan 15 warga Palestin dari pelbagai kawasan di Tebing Barat. Persatuan Tahanan Palestin (PPS) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menyatakan sekurang-kurangnya 5 warga Baitulmuqaddis ditahan dari bandar Issawiya, manakala 3 orang lagi ditahan di Tulkarem.

3 lagi tahanan dikepung di Jenin, manakala dua lagi pemuda ditahan di Ramallah dan al-Bireh. Rejim Israel turut menahan dua pemuda dari Bethlehem dan Nablus, tambah kenyataan itu.

Serbuan ganas dilakukan di beberapa bandar di Bethlehem di mana sejumlah kedai dan kediaman diserbu manakala kamera pengawasan dirampas. Sekurang-kurangnya seorang pemuda dipanggil untuk siasatan ketika serbuan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati