14 pelajar sekolah tinggi terkorban sepanjang Intifada di Baitulmuqaddis.

Rabu, 01-06-2016 – Media Palestin membuat liputan dan telah didokumenkan berkaitan pembunuhan 14 pelajar sekolah tinggi, 3 di antara mereka adalah pelajar perempuan yang ditembak mati oleh tentera rejim Israel semasa Intifada di Baitulmuqaddis yang meletus pada 1 Oktober, 2015.

Dalam liputan tersebut, pihak media telah menyiarkan senarai 14 nama mangsa yang didapati hilang apabila mereka gagal hadir dalam peperiksaan akhir peringkat sekolah tinggi yang sepatutnya diambil di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Seramai 78, 523 pelajar sekolah tinggi warga Palestin mula menduduki peperiksaan akhir tahun 2016 atau dikenali sebagai “Tawjihi ” pada hari Ahad, kelmarin dan dijangka akan berakhir pada 15 Jun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin