Bahagian keselamatan rejim Israel mendakwa menahan pasukan Hamas

Rabu, 01-06-2016 – Bahagian Keselamatan Israel Shin Bet mendakwa pada Ahad mereka bertanggungjawab dalam penculikan 6 orang ahli Hamas yang dituduh merancang dan melakukan serangan bom di Baitulmuqaddis bulan lepas.

Pada 18 April, Abdul Hamid Abur Srour meninggal dunia setelah menaiki bas nombor 12 di Baitulmuqaddis dan meletupkan bahan letupan dan mencederakan sejumlah warga Israel.
Shin Bet, tentera rejim (IOF) dan polis melancarkan penyiasatan untuk mencari rakan-rakannya. Maklumat lanjut tentang kes tersebut diletakkan di bawah perintah mahkamah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati