Aktivis Pro-Aqsa Dibebaskan Bersyarat

Rabu, 01-06-2016 – Pihak berkuasa Rejim Israel di Baitulmuqaddis telah memutuskan pada hari Ahad untuk memberikan aktivis pro-Aqsa, Hanadi Halawani pembebasan bersyarat dan meletakkan beliau di bawah tahanan rumah.

Halawani, yang bekerja sebagai seorang guru di Baitulmuqaddis, telah ditangkap pada 23 Mei oleh polis Israel di Kota Lama. IOA juga mengenakan larangan kemasukan beliau ke Masjid Aqsa dan Kota Lama Baitulmuqaddis selama enam bulan dan perjalanan beliau selama 30 hari, dan mengarahkan beliau untuk menahan diri daripada berhubung dengan mana-mana orang yang berkaitan dengan kesnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : sham