Wartawan berkumpul di pusat bandar Al-Khalil nyata sokongan pada Abu Zaid.

Isnin, 06-06-2016 – Berpuluh-puluh wartawan Palestin, berkumpul di pusat bandar Al- Khalil bagi memberi sokongan kepada rakan mereka, Tarek Abu Zaid yang dikenakan tahanan atas alasan langkah-langkah keselamatan selama 2 minggu oleh pihak Berkuasa Palestin.

Para peserta turut mengangkat gambar Abu Zaid dan sepanduk, membantah dasar pihak Berkuasa Palestin melakukan penahanan bermotifkan politik itu dan meminta agar beliau segera dibebaskan. Mereka juga menyatakan bahawa tuduhan (Cuba menyiarkan berita palsu yang boleh menjejaskan imej negara ) yang dikenakan terhadap beliau adalah tidak benar.

Semasa perhimpunan yang disertai oleh anggota parlimen, pemberita, bekas tahanan dan para aktivis itu, mereka turut membuat ucapan mengesa agar Pergerakan Wartawan Palestin mengambil pendirian tegas dan bertekad untuk membebaskan Abu Zaid serta berusaha menghentikan dasar yang diamalkan oleh pihak berkuasa yang cenderung melakukan menahan bermotifkan politik yang boleh dianggap sebagai satu jenayah terhadap wartawan dan bekas tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin