PANAS !! Olmert Dituduh Rasuah ?


Jumaat, 27/04/07 –Pegawai Jawatankuasa Audit Israel, Mikha Lindanshstarus menyarankan supaya Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert disiasat kerana disyaki rasuah.

Kes tersebut berlaku ketika Olmert memegang jawatan Menteri Perdagangan dan Perindustrian di bawah pimpinan Ariel Sharon pada waktu itu.

Mengikut laporan pegawai itu, Olmert berperanan umum pada tahun 2001 dalam memberikan bantuan kerajaan kepada kilang tayar yang hendak dibina, berdekatan Dimona yang mana ia dipenguruskan oleh seorang peguam, Ori Misir, iaitu kawannya serta bekas rakan perniagaannya.

Laporan itu menyebut, syarikat yang memiliki kilang itu memang tidak dibina dan ia tidak wujud sama sekali meskipun ia mendapat 10 juta dolar. Olmert disyaki terbabit ketika menolong syarikat itu mendapatkan peruntukan itu dengan menyelia pusat pelaburan milik kementeriannya.

Lindanshstarus mendakwa Olmert sebagai pegawai kerajaan pada masa itu sepatutnya menjauhkan dirinya dari permohonan yang dikemukakan oleh Misir bagi mendapatkan bantuan kerajaan.

Olmert menafikan sekeras-kerasnya tentang penglibatannya dalam salah laku itu. Pejabatnya mengeluarkan kenyataan yang mengkritik tuduhan pegawai audit itu.

Sejak beliau memegang tampuk pemerintahan pada tahun 2006, Olmert dilemparkan dengan banyak tuduhan dalam beberapa kes rasuah antaranya tuduhan berkaitan dengan penswastaan Bank Lyumi, institusi kewangan kedua terbesar di Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.