Pembinaan penempatan haram Yahudi sampai ke kemuncaknya.

Isnin, 13-06-2016 – Sebuah berita yang diterbitkan pada hari Sabtu, kelmarin mengingatkan bahawa kerja-kerja pembinaan bagi projek penempatan haram Yahudi di sepanjang wilayah Palestin yang diceroboh Israel yang siap dengan begitu cepat, adalah salah satu rancangan penghapusan kaum secara besar-besaran terhadap bangsa Palestin.

Menurut berita dari Pejabat Negara bagi Melindungi Tanah dan Menentang Penempatan Yahudi di Wilayah Palestin, kegiatan pembinaan penempatan itu telah sampai ke kemuncaknya dan pada tarikh 5 Jun itu, ia telah menjadi tarikh peringatan bahawa Baitulmuqaddis akhirnya berjaya diduduki sepenuhnya oleh Israel sejak ia mula diceroboh pada tahun 1967.

Menurut berita itu, pihak kerajaan rejim Israel telah mengadakan satu mesyuarat di bandar tersebut pada petang Ahad dan ia merupakan penanda yang mengesahkan bahawa pihak Israel telah menguasai Bandar Suci Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin