Israel Nekad Akan Menyerang Gaza. PBB Saran Bersabar ?


Jumaat, 27/04/07 –
PBB menyeru Israel supaya bersabar kerana bimbang ketegangan yang berlaku dengan Hamas akan menenggelamkan usaha diplomasi.

Lin Basko, Setiausaha Agung bagi Timbalan Hal Ehwal Politik PBB berkata ekoran Briged Izzuddin Hamas melancarkan bedilan roket ke arah Israel, “selepas mendapat kemajuan di dalam beberapa isu pada bulan lepas, kami harap ia akan berterusan. Justeru, kami minta setiap pihak supaya bersabar dan bertenang seboleh yang mungkin.”

Beliau menyebut contohnya seperti kerajaan perpaduan kebangsaan Palestin, pertemuan diplomasi beberapa kali antaranya pertemuan di antara Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Ia berlaku sebagai membalas pengumuman Briged Al Qassam mengenai penamatan perjanjian gencatan senjata dengan Israel yang berkuatkuasa sejak 26 November lalu. Berikutan dari itu, Olmert memberi amaran bahawa Israel akan bertindak balas dengan keras terhadap serangan roket Palestin itu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.