Tentera Israel roboh rumah penyerang Tel Aviv.

Khamis, 16-06-2016 – Tentera rejim Israel telah memberitahu ahli keluarga kedua-dua pemuda Palestin yang terlibat dalam serangan di bandar Tel Aviv, baru-baru ini, bahawa rumah mereka yang terletak di pekan Yatta, di bahagian selatan bandar Al-Khalil akan dirobohkan.

Menurut kata Penyelaras, Jawatankuasa Penduduk bagi Menentang Tembok Pemisah dan Penempatan Haram, Ratib Al-Jabir, pihak tentera rejim Israel telah mengepung seluruh pekan tersebut pada waktu malam sebelum mengeledah masuk kebanyakkan rumah dan menahan kedua-dua mereka.

Tambah beliau lagi, tentera rejim didapati turut memberi amaran lisan kepada ahli keluarga Mohamed dan Khalid Makhamrih yang keduanya merupakan sepupu supaya meninggalkan rumah mereka terlebih dahulu sebelum ianya dirobohkan. Walau bagaimanapun, pihak tentera tidak menyatakan bila kerja-kerja meroboh itu akan dijalankan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin