Terbaru ! Tembok Haram Apartheid


Isnin 13, September 2004- Pihak pengganas Israel minggu lepas telah memulakan pembinaan tembok
di kawasan kampung Ar-Ram di utara Jerusalem. Bertempat di kawasan yg menghubungkan Ramallah dan Jerusalem dan juga menghubungkan Jerusalam dan utara Tebing Barat.

Tembok ini membahagikan dua kawasan Ar-Ram (Jerusalem dan Tebing Barat). Tembok ini memusnahkan jalan utama pengangkutan antara Jerusalem dan utara Palestin. Begitu juga seluruh negara Arab yg berhampiran sempadan utara Palestin.

Kemusnahan akibat Tembok Haram ini berlarutan juga di kawasan Wadi Ayyad (utara Ar-Ram
iaitu antara Ram dan penempatan Neve Ya’acov).

Pembinaan tembok ini akan menyempurnakan pemisahan total Jerusalem dan Tebing Barat.Ekonomi dan pelaburan kawasan ini terjejas teruk. Begitu juga pendidikan. Tembok Haram ini memisahkan pedagang dan pelanggan.


Marilah kita rakyat Malaysia berbuat sesuatu utk membantu mereka. Carilah persamaan antara kita untuk membantu saudara kita di Palestin
yang hidup sengsara kerana kebinatangan Israel dan sekutu rapat Amerika.




Tembok Haram ini hampir siap di Ar-Ram yg
membahagikan jalan Jerusalem dan Ramallah.

Garisan hitam kasar menunjukkan kawasan tembok haram tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.