Ismail Haneyya Akan Ditangkap Rejim Zionis ?


Jumaat, 27/04/07 –

Benjamin Ben Eliezer, Menteri Infrastruktur Israel Rabu lalu mengancam untuk menculik Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya jika Briged Qassam menangkap askar Israel lagi. Media Hebrew memetik kata-kata Ben Eliezer,seorang bekas Menteri Peperangan bahawa rejim Zionis tidak akan teragak-agak untuk memasuki Semenanjung Gaza, menggeledah rumah Haneyya dan mengambil beliau sebagai tebusan jika warga Palestin menculik lebih banyak askar Israel berasaskan kedudukan mereka yang bersebelahan dengan Semenanjung Gaza.

Radio Hebrew juga memetik seorang ahli politik Israel yang belum dikenalpasti sebagai berkata cubaan untuk menculik askar dan serangan roket secara berterusan akan mendapat tindakan balas yang buruk.

IOF menuntut serangan roket Briged Qassam yang diperhebatkan pada Selasa lepas meningkatkan lagi percubaan untuk menculik askar Israel.Sumber keselamatan Palestin berkata askar-askar rejim Zionis bersedia untuk memecah masuk ke kawasan-kawasan tertentu di Semenanjung Gaza terutamanya dari kedudukan roket-roket dilancarkan tetapi mereka sedang menunggu sokongan politik untuk meneruskan rancangan itu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.