Abbas temui Raja Arab Saudi di Jeddah

Selasa, 21-06-2016 – Presiden Palestin, Mahmud Abbas yang dalam perjalanan pulang dari Qatar telah singgah di Arab Saudi bagi mengunjungi Raja Salman bin Abdul Aziz di Kota Jeddah pada hari Ahad, kelmarin. Pertemuan itu turut disertai Putera Mahkota, Mohammad bin Najey dan beberapa putera lain serta ahli jemaah menteri.

Menurut agensi berita rasmi Arab Saudi, dalam pertemuan itu, Raja Salman turut mengadakan perbincangan dengan Abbas dan menegaskan bahawa kerajaan Arab Saudi tetap memberi sokongan berhubung kedudukan dan persoalan Palestin serta hak-hak rakyatnya.

Tambah agensi berita itu lagi, Abbas turut memberi penerangan berkaitan perkembangan terkini pembangunan wilayah Palestin di sebalik serangan berterusan pihak rejim Israel terhadap rakyat dan tempat-tempat suci di sana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin