Ahli Politik Hamas Kecam Sikap Dunia Arab.


Isnin, 30/04/07 –

Wakil Ketua Parlimen Palestin dari fraksi Hamas, Yahya Musa mengecam desakan sejumlah negara Arab dan Eropah terhadap Hamas dan rakyat Palestin agar menghentikan penentangan terhadap Israel. Mereka menyeru rakyat Palestin agar memberikan komitmen
terhadap gencatan senjata, katanya.

Dalam kenyataan akhbarnya di Gaza hari ini (Ahad 29/4) Musa mengatakan, kami berharap dunia Arab dan antarabangsa menyatakan seruan tersebut kepada Israel, bukan pada rakyat Palestin yang dizalimi. Ini kerana Israel yang terus menerus menyerang rakyat awam Palestin. Permintaan dunia Arab dan antarabangsa seharusnya diarahkan pada Israel agar mereka menghentikan aksi permusuhan dan menyerang warga awam di Semenanjung Gaza maupun Tebing Barat.

Musa menegaskan, setiap negara yang dijajah rakyatnya perlu berjuang membebaskan negara dan rakyatnya dari penjajahan. Situasi yang sama di Palestin. Mereka berhak melakukan perlawanan hingga Israel dapat diusir dari seluruh tanah Palestin.

Ahli politik Hamas ini justru meminta negara-negara Arab agar segera menghentikan embargonya terhadap rakyat Palestin di samping menyokong rakyat Palestin untuk memperjuangkan hak dan membela diri. Pada hakikatnya mereka bukan sahaja
memperjuangkan Palestin, namun secara keseluruhan mempertahankan kewujudan Arab dan
Agama Islam.

Berkaitan komitmen dunia Arab untuk membantu Palestin, Musa menjelaskan, sehingga kini,kebanyakan negara Arab belum merealisasikan janjinya sebagaimana yang diputuskan dalam keputusan Liga Arab di Riyadh kelmarin, kecuali hanya empat negara saja, katanya.