Briged Al-Aqsa Tekad Mahu Serang Balas.


Isnin, 30/04/07 –
Briged Al Aqsa iaitu kumpulan bersenjata Fatah akan memburu dua tentera Israel ketika mereka berdua berada di menara kawalan petang Sabtu lalu, berdekatan Semenanjung Ghaza.

Briged itu berkata dalam satu kenyataan bahawa tentera Israel telah membalas dengan menembak bertalu-talu sambil pesawat pejuang serta helicopter berlegar-legar di kawasan tersebut. Operasi itu di sifatkan sebagai meneruskan siri tindak balas ke atas jenayah Zionis baru-baru ini iaitu pembunuhan ketua am Briged Mijahidin, Umar Abu Syari’ah serta pemburuan terhadap pejuang-pejuang pagi Sabtu lalu di timur dan selatan Ghaza.

Tidak ada lagi sebarang tindak balas serangan Israel yang dilakukan selepas beberapa jam tentera penceroboh membunuh empat warga Palestin, serta mencederakan seorang yang lain dengan kecederaan parah dalam dua kejadian yang berasingan. Briged Izzuddin Al Qasam Hamas pula berkata tiga anggotanya mati sambil berjanji akan membalas dendam sebagai membalas serangan itu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.