Pasukan Ronda Israel Berundur Setelah Memecah Masuk.


Isnin, 30/04/07 –
Tentera lubnan berkata bahawa pasukan peronda Israel hari ini telah memecah masuk kawasan sempadan dan mara dalam jarak terdekat, berhampiran lading Syab’a, sebelum berundur setelah pasukan keselamatan antarabangsa campur tangan.

Tentera tersebut menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa pasukan rondaan Israel itu terdiri daripada sepuluh anggota yang mana mereka mampu melepasi pagar elektronik di tanah tinggi Sadanah, iaitu antara Bandar Kufur Syuba dan Syab’a. Katanya, kemaraan mereka itu adalah antara 50 hingga 60 meter sahaja.

Tambahnya, “saya telah menghubungi pusat tentera di kawasan itu dan unit tentera PBB telah masuk campur serta memaksa peronda itu supaya berundur.”

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.