Abbas , Meshal Bincang Isu Sekatan, Gecatan Senjata dan Tahanan.


Isnin, 30/04/07 –
Presidan Palestin, Mahmoud Abbas telah mengadakan mesyuarat dengan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshal di Kaherah yang mana ia menjurus kepada persediaan untuk berdialog dengan briged-briged serta penstrukturan semula Fatah di samping isu tahanan Palestin.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Radinah berkata, pertemuan itu dilakukan bagi memantau Perjanjian Mekah yang ditandatangani oleh Hamas dan Fatah pada Februari lalu. Abu Radinah menambah, “semua isu berhubung rakyat Palestin telah dibincangkan dengan terang dan jelas terutama isu gesaan menarik balik sekatan, gencatan senjata, perjanjian pertukaran tahanan serta fungsi Fatah dan rakan politik”.

Wartawan Aljazeera melaporkan bahawa Abbas akan menfokuskan perbincangannya mengenai isu gencatan senjata dengan Israel ekoran aktiviti jahat Israel dilaksanakan dengan berterusan terhadap Ghaza serta Tebing Barat. Di samping itu juga ia tertumpu kepada usaha perjanjian pertukaran tahanan yang diperantara oleh Kaherah bagi membebaskan beratus-ratus tahanan Palestin untuk ditukar dengan tahanan Israel, Jilad Shalit.

Presiden Palestin menafikan Israel melancarkan operasi ketenteraan serta menceroboh Ghaza sebagai membalas dendam terhadap bedilan roket Palestin. Katanya, tidak ada gunanya pihak Palestin dan Israel tuduh-menuduh untuk mencari siapa yang melanggar perjanjian.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.