Abbas Bertemu Meshal di Kaherah, Bincang Rombakan Semula Fatah.


Isnin, 30/04/07 –Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah bertemu Ketua Biro Poltik Hamas, Khaled Meshal di Kaherah bagi kali kedua dalam tempoh dua hari.


Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Radinah berkata, Abbas dan Meshal berbincang beberapa isu antaranya rombakan semula Fatah, mengekalkan gencatan senjata, menggesa penarikan balik sekatan serta isu gabungan politik yang dipersetujui melalui perjanjian Mekah yang ditandatangani pada Mac lalu.

Dalam pada itu, anggota Biro Politik Hamas, Usama Hamdan berkata bahawa mesyuarat itu mengandungi perkara-perkara penting antaranya persetujuan mengenai tarikh tertentu bagi melaksanakan penyusunan semula pertubuhan Fatah. Beliau menjelaskan bahawa persetujuan telah dicapai bagi membebaskan wartawan BBC, Johnston yang diculik oleh pasukan bersenjata yang tidak dikenali pada bulan lepas di Ghaza.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.