Israel keluarkan perintah hadir siasatan kepada kakitangan Masjidil Aqsa.

Jumaat, 05-08-2016 – Polis rejim penjajah Israel, mengeluarkan surat perintah untuk hadir bagi memberi keterangan terhadap Ketua Media dan Perhubungan Awam, Jabatan Wakaf serta Pegawai Keselamatan, Masjidil al-Aqsa.

Kedua-dua mereka, Firas al-Debs dari Jabatan Wakaf, Baitulmuqaddis dan Arafat Najeeb, Penyelia Keselamatan, Masjidil al-Aqsa telah diberi surat tersebut untuk hadir ke pejabat bahagian siasatan Qishleh di Kota Lama Baitulmuqaddis

Sebelum itu, pada hari Rabu lalu, pihak tentera rejim Israel, menahan Hamza al-Deisi dan Hamza Nebali, pengawal keselamatan di Masjidil al-Aqsa serta Raed Zgheir, salah seorang staf bagi kerja-kerja pembinaan semula, Masjidil al-Aqsa atas dakwaan terlibat dalam pergaduhan dengan puak pelampau Yahudi yang cuba mematahkan dahan pokok Zaiton dan mencuri batu Arkeologi di masjid tersebut. Ketiga-tiga mereka telah ditahan di Pusat Tahanan Qishleh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin