Bayi sesak nafas terkena semburan lada polis Israel.

Khamis, 11-08-2016 – Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan, sesak nafas terkena semburan serbuk lada semasa pihak polis Israel menyerbu rumah mangsa yang terletak di daerah Silwan bahagian timur Baitulmuqaddis. Kejadian berlaku pada hari Isnin, kelmarin.

Menurut kata saksi, pada hari kejadian, anggota polis rejim Israel sedang mengadakan operasi menyerbu beberapa buah rumah berdekatan kejiranan Batten al-Hawa di daerah Silwan, sebelah selatan Masjidil al-Aqsa.

Tambah saksi itu lagi, pihak polis menyembur serbuk lada semasa memecah masuk untuk mengeledah kediaman, Jaddallah al-Rajabi dan bayi tersebut, Asya al-Rajabi yang berada di dalam rumah sesak nafas akibat terkena semburan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin