Rafah – Pusat Informasi Palestin: Al Qassam akan perlakuan tawanan Israel sebagai yang dilakukan terhadap tawanan Palestin

Jumaat, 26-08-2016 – Jurucakap Brigade Izzuddin al-Qassam, sayap ketenteraan Gerakan Hamas, Abu Ubaidah, menegaskan bahawa berlanjutnya sekatan tidak akan membantu kepada suasana yang tenang. Beliau memperingatkan penjajah Zionis bahawa para tawanan Israel yang ada pada mereka akan mendapatkan perlakuan yang sama sebagaimana yang dialami para tawanan Palestin di penjara-penjara Zionis.

Hal tersebut disampaikan Abu Ubaidah dalam Majlis Perhimpunan Ketenteraan yang dianjurkan oleh Brigade al-Qassam di kota Rafah, wilayah selatan Semenanjung Gaza, Ahad (21/8) petang. Abu Ubaidah mengatakan, “Adalah hak bangsa kami untuk menikmati kebebasan dan hidup terhormat sebagaimana bangsa-bangsa lain di dunia. Sesiapa yang menanam kemarahan akan menerima ledakan. Diharapkan semua masyarakat dunia mendengar: janganlah kalian menghalangi bangsa yang telah memutuskan untuk mendapatkan kebebasannya.”

Perhimpunan Besar Ketenteraan ini dianjurkan dalam rangka memperingati dua tahun gugurnya tiga pemimpin al-Qassam di Rafah adalam serangan penjajah Zionis ke Semenanjung Gaza musim panas tahun 2014 lalu. Juga dalam rangka memperingati 13 tahun gugurnya pemimpin Hamas Ir. Ismail Abu Shanab serta bertepatan dengan memperingati 47 tahun pembakaran masjid al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman