Hamas Kecam Abbas Tangisi Kematian Peres

Rabu, 05-10-2016 – Hamas mengecam Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mengucapkan takziah atas kematian “Penjenayah Perang Israel”, Shimon Peres dan ingin menghadiri pengebumiannya . Dalam satu kenyataan pada Khamis, Hamas menyifatkan tingkah laku Abbas sebagai “tidak menghormati darah syuhada dan penderitaan rakyat Palestin.”

Hamas berkata, rakyat Palestin berasa amat lega dan gembira atas kematian Peres yang telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Qana, Lubnan selain banyak lagi kekejaman dia terhadap rakyat Palestin. Abbas sebelum ini telah menghantar surat takziah kepada keluarga Shimon Peres pada Rabu dengan menyatakan kesedihan atas kematian dan menyatakan hasratnya untuk menghadiri pengebumian beliau pada hari Jumaat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin