Rejim Zionis rampas basikal seorang kanak-kanak dan menahan 2 rakyat Palestin

Rabu, 02-11-2016 – Rejim Zionis telah merampas basikal seorang kanak-kanak Palestin di kem pelarian Aida, utara Bethlehem.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa tentera Israel menahan kanak-kanak Palestin tersebut berhampiran pintu masuk timur ke kem pelarian semasa kanak-kanak itu sedang bermain di kawasan itu sebelum merampas basikalnya. Sementara itu, tentera Israel turut menahan dua remaja lelaki yang sedang dalam perjalanan ke tanah pertanian mereka untuk menuai buah zaitun di bandar Kafer Qaddum, timur Qalqilia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul