Hamas minta Mesir anjur dialog di kalangan pihak terlibat bincang inisiatif untuk Palestin.

Rabu, 02-11-2016 – Hamas meminta Mesir menaja satu dialog yang lebih menyeluruh di kalangan pihak terlibat untuk membincangkan inisiatif yang perlu dalam memperjuangkan Palestin sebagaimana yang disarankan Pergerakan Jihad Islami.

Permintaan itu disuarakan pegawai kanan Hamas, Ismail Radwan di satu persidangan pertubuhan-pertubuhan politik Palestin yang diadakan di Gaza, kelmarin. Beliau memohon supaya Mesir mengambil peranan bagi menganjurkan satu persidangan lain sepertimana yang pernah dilakukan negara itu suatu masa dahulu demi menyelesaikan perselisihan pendapat pihak-pihak yang terlibat.

Beliau turut menekankan pentingnya dialog itu diadakan dan berharap ia menjadi satu batu loncatan untuk mereka dapat bersatu semula dalam mencari formula bagi merangka strategi bagaimana untuk melindungi Palestin agar kekal sebagai sebuah negara dan memikirkan cara untuk memperjuangkannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali