Penduduk Palestin Dinafikan Hak Melombong Batu Merah

Rabu, 02-11-2016 – Di sebelah utara kota Salfit, para pemilik lombong batu merah dilarang melombong harta kekayaan tersebut yang hanya dibenarkan kepada penduduk Yahudi. Setiap kali penduduk Palestin berusaha membawa masuk jentera pengorek untuk menggali batu merah, pihak militan penjajah Zionis segera menyita peralatan mereka dan menahannya serta mengenakan denda kepada mereka dengan alasan bahawa tanah tersebut terletak di daerah “C” (wilayah yang secara militan dan pentadbirannya di bawah Zionis).

Di tengah-tengah kesedihan dan penderitaan tersebut seorang warga Palestin, Ahmad Khalil memandang ke arah lombong batu yang diwarisi dari ayahnya namun masih tidak dibenarkan untuk menggali batu dan bebatuan yang berharga tinggi yang mempunyai keindahan warna menarik dan begitu unik.

Beliau mengatakan bahawa permintaan terhadap batu tersebut sangat tinggi. Batu ini seperti emas. Namun sejak sekitar 23 tahun lalu seluruh warga palestin dilarang melombong batu tersebut dengan dalih lombong tersebut berada di daerah penjajah Zionis berdasarkan perjanjian Oslo 1993.

sumber : COMES
penterjemah : Osman