Rejim Zionis menghalang para petani dari memasuki kebun zaitun di selatan Nablus

Khamis, 10-11-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) pada pagi Ahad menghalang sekumpulan petani Palestin dari memasuki kebun mereka untuk menuai zaitun di bandar Qaryut, selatan Nablus.

Pentadbir tempatan, Bashar al-Qaryuti memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang tentera rejim menghalang petani Refaat Salama dan anak lelakinya daripada mengambil buah zaitun dari kebun mereka, atas dakwaan yang terdapat larangan kemasukan atas sebab keselamatan.

Qaryuti menambah yang para petani dari keluarga Mohamed Zaghlawan telah dilarang masuk ke tanah milik mereka pada waktu pagi, namun mereka diberitahu yang mereka dibenarkan selepas waktu tengahari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati