Rejim Zionis Tahan Semula Bekas Tahanan Selepas Hanya Seminggu Dibebaskan

Isnin, 14-11-2016 – Tentera Israel (IOF) menahan semula bekas banduan Palestin selepas hanya seminggu dibebaskan dari penjara Israel. Palestinian Prisoners Society (PPS) mengesahkan bahawa bekas banduan Baha al-Najar, 21, ditangkap semula selepas seminggu dibebaskan. Keluarga al-Najar memberitahu wartawan PIC bahawa tentera Israel menyerang rumah mereka pada waktu subuh di al-Khalil sebelum menangkap beliau.

Al-Najar,merupakan seorang pelajar di Universiti Politeknik, telah dibebaskan Rabu lalu selepas menghabiskan 12 bulan di penjara Israel. Keluarga beliau mengesahkan bahawa anak lelaki mereka ditangkap semula atas alasan tidak masuk akal Israel, yang mana tujuan sebenar adalah ingin memecahkan semangat perjuangan beliau. Lebih daripada 22 rakyat Palestin ditahan sejak pagi Rabu di seluruh Tebing Barat dan Jerusalem, lapor PPS.

Kini terdapat 7,000 rakyat Palestin di penjara Israel, termasuk 750 tahanan pegawai tadbir yang dilakukan secara haram tanpa jaminan atau perbicaraan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin