5 Kanak-kanak Palestin Diculik di BaitulMaqdis

Rabu, 16-11-2016 – Tentera Israel (IOF) menculik enam rakyat Palestin di BaitulMaqdis, termasuk lima kanak-kanak, dari Old City of Jerusalem. Ketua Jawatankuasa Tahanan dan Keluarga Bekas Banduan, Amjad Abu Assab berkata IOF menyerbu rumah warga Palestin, Zayed Idkeik di Bab Hitta menculik budak lelaki berusia 13 tahun, Ahmad dan mengheretnya ke pusat tahanan Qishleh dengan bapanya.

Antara yang juga ditahan adalah : Omar Za’anine (16) dan adiknya Ayham (13), Ahmad al-Za’anine (14), Bahjat al-razem. Kesemuanya diculik oleh IOF dan dipindahkan ke pusat tahanan Qishleh. Rondaan tentera Israel terus menyerbu kampung Qatna di barat laut BaitulMaqdis menculik seorang lagi kanak-kanak, Jawda Houshiya untuk disoal siasat.

Beberapa jam sebelum itu, IOF menculik sembilan rakyat Palestin dari rumah mereka di Tebing Barat, termasuk dua kanak-kanak. Beratus-ratus kanak-kanak Palestin telah ditahan oleh tentera Israel sejak berlakunya gerakan Intifadha oleh penduduk BaitulMaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin