Jordan: Keputusan Israel larang Azan, tidak sah.

Isnin, 21-11-2016 – Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan, berkata bahawa sebarang keputusan rejim Israel berkaitan syiar Islam di Baitulmuqaddis, termasuk peraturan yang melarang seruan Azan adalah batal dan tidak sah.

“Penjajah tidak boleh mengubah apa sahaja yang ada di bandar yang dijajahnya,” demikian kata Abdullah Abbadi, Penolong Setiausaha Kementerian itu kepada agensi berita PETRA.

Menurut beliau lagi, mengikut resolusi antarabangsa, pihak yang menjajah tidak boleh membuat sebarang perubahan di wilayah yang dijajahnya. Oleh itu, mana-mana keputusan yang dibuat pihak Israel di Baitulmuqaddis itu adalah tidak sah, walaupun kota tersebut di bawah jajahannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin