Penghapusan Etnik – Penduduk Umm al-Hiran dalam keadaan Berjaga-Jaga

Khamis, 01-12-2016 – Penduduk Palestin yang menetap di Perkampungan Hiran, Negev memohon bantuan dan perlindungan susulan ancaman Pihak Berkuasa Israel yang merancang untuk meruntuhkan kawasan kediaman mereka.

Rayuan itu dibuat setelah Tentera Israel bertindak memasuki kampung halaman mereka dalam usaha meruntuhkan dua buah rumah penduduk Palestin dan merancang merobohkan lebih banyak yang lain.

Rancangan merobohkan kawasan kediaman ini adalah salah satu daripada rancangan besar pembersihan etnik oleh pihak Israel dalam usaha melenyapkan segala sejarah perkampungan Umm al-Hiran dengan harapan penduduk asal perkampungan ini akan berpindah. Usaha ini dilakukan bagi memberi laluan kepada pembinaan perumahan bagi penduduk Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea