Pihak berkuasa Palestin menahan bekas tahanan di Nablus.

Jumaat, 24-02-2017 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) petang Selasa lepas menculik seorang bekas tahanan muda dari Hamas selepas memanggil beliau untuk sesi soal-siasat di Bandar Nablus.

Sumber dari keluarga tahanan menyatakan, Sa’ied Bilal menurut perintah pihak berkuasa PA untuk pergi ke Ibu Pejabat PA bagi sesi pemeriksaan keselamatan berkala selepas pihak berkuasa PA menyerbu rumahnya dan tidak menemuinya di sana.

Beliau turut menyatakan, pihak berkuasa Palestin menahannya serta merta setelah beliau hadir di Ibu Pejabar PA dan memberitahu keluarganya berkenaan penahanannya.

Bilal sudah melalui tempoh tahanan berbeza di penjara Israel dan penjara Pihak Berkuasa Palestin (PA). Beliau merupakan anak kepada Pegawai Tinggi Hamas; Baker Bilal yang meninggal pada tahun lepas akibat masalah kesihatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shazwan Halim