Tentera Israel guna kekerasan surai tunjuk perasaan sokong mogok lapar.

Jumaat, 24-02-2017 – Beberapa penunjuk perasaan mengalami sesak nafas kerana terhidu asap gas pemedih mata selepas pihak tentera rejim Israel bertindak agresif menyuraikan satu tunjuk perasaan di Qalandiya, utara Baitulmuqaddis.

Menurut wartawan PIC, tentera rejim cuba mengusir penunjuk perasaan secara kasar dari pos kawalan tentera Qalandiya. Mereka berhimpun di situ bagi memberi sokongan kepada Jamal Abu al-Leil dan Raed Mteir yang sedang melakukan mogok lapar, masuk hari ke 4 kerana membantah penahanan tanpa sebarang dakwaan mahupun perbicaraan.

Tindakan tentera rejim melepaskan banyak gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan, akhirnya menyebabkan berlakunya kekecuhan di situ.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali