Mahkamah Agong Israel benar sebuah sekolah di Baitulmuqaddis ditutup.

Isnin, 27-02-2017 – Mahkamah Agong Israel membenarkan sebuah sekolah rendah di Baitulmuqaddis ditutup kerana sukatan pelajarannya didakwa menghasut supaya membenci Israel.
Menurut berita saluran 2, TV Israel, pihak kementerian pelajaran bersama anggota polis Israel bertindak menutup sekolah rendah al-Nukhba yang mempunyai 220 orang pelajar atas alasan pengasasnya menyokong Pergerakan Hamas sementara sukatan pelajarannya mengajar murid agar membenci pihak rejim.

Kementerian pelajaran telah mengeluarkan surat arahan penutupan sekolah tersebut yang diserah kepada guru besarnya, Loai Bkairat. Bagaimana pun, beliau enggan mematuhinya sebaliknya bertindak membuat laporan polis. Berikutan itu, beliau telah ditahan untuk siasatan lanjut tetapi dilepaskan kemudiannya dengan bersyarat, tambah berita itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali