Menteri Israel dakwa pihaknya sedang bangunkan robot pembunuh.

Selasa, 28-02-2017 – Seorang menteri parti Likud mendakwa yang pihak tentera rejim sedang membangunkan robot pembunuh yang berupaya memasuki kawasan musuh dan menembak mati mana-mana pemimpin pejuang, demikian lapor media berbahasa Yahudi di Israel.

Menurut menteri tanpa portfolio, Ayoub Kara dalam ucapannya di satu seminar kebudayaan yang diadakan di selatan bandar Beersheba, “Robot itu mampu melaksanakan tugas membunuh dengan menembak sasaran secara tepat berbantukan teknologi pengesan yang canggih.”

“Ada sesiapa yang percaya akan adanya Iron Dome, lima atau sepuluh tahun dulu? Ada sesiapa yang percaya sekiranya roket al-Qasam telah dilancarkan maka akan ada seseorang yang mampu mengesannya dan memusnahkannya di udara?” Tanya beliau lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali