Larangan mengadakan Hari Wanita Sedunia.

Isnin, 13-03-2017 – Pihak Otoriti penjajah Zionis “Israel” pada hari Rabu (8/3/2017) melarang para wanita untuk mengadakan majlis peringatan “Hari Perempuan Sedunia” di kota al-Quds. Pengarah program “Wanita untuk Kehidupan dan Demokrasi”, Zahur Abu Miyala, menjelaskan bahawa pihak Otoriti penjajah Zionis secara tiba-tiba melarang kegiatan kaum wanita di salah sebuah hotel “St. George” di al-Quds, iaitu berdasarkan surat keputusan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Gilad Ardan.

Zahur menjelaskan bahawa larangan tersebut tidak munasabah, terutama kerana ia adalah kegiatan kaum wanita yang bersifat kebudayaan dan tidak bersifat politik. Bercakap kepada pejabat berita Arab “Quds Press”, Zahur menjelaskan bahawa pihak perisikan Zionis melakukan pemeriksaan ke atasnya ketika majlis yang sudah disiapkan bertepatan pada “Hari Perempuan Sedunia”.

Aturcara majlis tersebut diisi dengan kegiatan-kegiatan hiburan dan budaya oleh kaum wanita al-Quds. Di samping memberikan penghargaan kepada mereka dalam usaha untuk membawa senyuman di wajah-wajah wanita. Beliau mengatakan, tindakan Zionis ini membawa peringatan kepada masyarakat antarabangsa berkaitan penderitaan kaum perempuan al-Quds akibat penjajah Zionis dan tindakannya yang mencekik semua warga al-Quds.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *