Hamas: Mengasari bapa almarhum Arja satu jenayah negara.

Khamis, 16-03-2017 – Gerakan Perjuangan Islam Hamas, mengecam tindakan anggota keselamatan pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mengasari bapa almarhum Basel al-Arja serta penunjuk perasaan yang sedang dalam perjalanan untuk menyertai perhimpunan bagi membantah tindakan pihak PA yang mahu membicarakan almarhum.

Menurut satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh jurucakap Hamas, Hazem Kasem menyelar langkah pihak keselamatan PA yang sering mensasarkan pejuang Palestin dan apa sahaja yang melambangkan pertubuhan tersebut.

Beliau meminta semua pihak merangka satu rancangan kerjasama bagi menghalang pihak PA dari menjadikan rakyat dan perjuangan Palestin sasaran serta tempat melepaskan kemarahan atas apa yang berlaku di Tebing Barat. Seterusnya, beliau meminta pihak PA agar menghentikan dasar yang boleh menganggu dan membawa perpecahan kepada perpaduan negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali