Tentera Israel ratahkan tanah pertanian milik penduduk Palestin di Bethlehem.

Isnin, 10-04-2017 – Tentera rejim Israel bertindak meratakan sebidang tanah pertanian milik penduduk Palestin di selatan Bethlehem manakala sebuah rumah milik seorang tahanan diarah roboh.

Menurut laporan berita PIC, tiga jentolak deng├án diiringi tentera rejim memasuki satu lokasi di Khallet al-Nahla dan meratakan sebidang tanah pertanian dan mengistiharkannya sebagai tanah ‘milik negara’. Beberapa pokok Zaitun turut dimusnahkan semasa kerja pencerobohan itu berlaku.

Sementara itu, tentera Israel menyerahkan surat arahan roboh ke atas sebuah rumah yang diduduki oleh keluarga tahanan Palestin yang merupakan ketua Pergerakan Hamas tempatan, Bajas Nakhla yang terletak di kem penempatan Jalazoun, utara Ramallah. Mereka diberi tempuh tiga hari untuk meninggalkan rumah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *