Duduk dan protes ke atas kepungan terhadap Gaza.

Jumaat, 14-04-2017 – Sejumlah aktivis Palestin menyertai protes yang dianjurkan oleh gabungan NGO Palestin dihadapan ibu pejabat UNESCO di Gaza bersempana Hari Kesihatan Sedunia pada Ahad lepas.

Wakil NGO dari kumpulan kesihatan; Suleiman Shain berkata protes itu diadakan bagi membantah sekatan keatas pesakit-pesakit dari Gaza untuk mendapatkan hak rawatan yang sepatutnya. Menurut beliau, pihak berkuasa Israel menghalang ramai pesakit-pesakit Palestin untuk keluar dari Gaza bagi mendapatkan khidmat rawatan di negara lain.

Shahin turut mengatakan antara jenyah lain yang dilakukan pihak berkuasa Israel adalah menangkap dan menginterogasi pesakit-pesakit yang tenat semasa mereka dalam proses keluar dari Semenanjung Gaza untuk mendapatkan rawatan.

Agensi berita Anadolu melaporkan bahawa sekatan yang dikenakan sejak 2006 telah menyebabkan angka kemiskinan dan pengangguran meningkat termasuk juga kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan penurunan taraf kesihatan penduduk. Shahin menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama memberi sumbangan bagi mengakhiri sekatan terhadap Gaza dan menjamin penduduk Gaza diberikan hak sepenuhnya untuk mendapatkan rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *