5 Terbunuh, 32 Cedera di kem Ain al-Hilweh

Jumaat, 14-04-2017 – Lima warga Palestin terbunuh dan 32 yang lain cedera dalam pertempuran yang meletus di kem pelarian Ain al-Hilweh, Lubnan pada hari Ahad, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA). Pelarian Palestin di kem itu bersetuju untuk membubarkan kumpulan pelampau Bilal Bader serta memberi mereka tempoh 6 jam untuk menyerah diri dan menyerahkan senjata mereka kepada pasukan keselamatan kem.

NNA berkata pertempuran selalunya berlaku pada waktu malam di antara pasukan keselamatan dan kumpulan Bilal Bader, sambil menambah bahawa bom tangan dan roket dilepaskan, tiga daripadanya jatuh di luar kem namun tiada kecederaan dilaporkan.

NNA menambah bahawa tentera Lubnan mengetatkan langkah-langkah keselamatan di pintu masuk kem dan di kawasan sekitarnya. Pelarian Palestin di Ain al-Hilweh berkata dalam satu sidang akhbar bahawa pasukan keselamatan berhak untuk memasuki mana-mana tempat dalam kem tanpa pengecualian dan untuk menghapuskan segala gangguan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed