Remaja Palestin mati akibat kecederaan serius

Jumaat, 14-04-2017 – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan pada Isnin lepas kesyahidan seorang remaja Palestin; Jasem Nakhla, 17 tahun akibat kecederaan yang dialaminya setelah ditembak oleh pihak tentera Israel di utara Ramallah dua minggu lalu.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa Nakhla cedera teruk setelah pihak tentera Israel melakukan tembakan rambang ketika beliau dan kawan-kawannya sedang menaiki basikal di pintu masuk Kem pelarian Jalazoun, utara Ramallah.

Tragedi yang berlaku pada 23 Mac 2017 turut mengorbankan Mohammad Al-Hattab, 17. Dalam kejadian tersebut, Nakhla telah dipindahkan ke Hospital Israel untuk diberikan rawatan dan diumumkan mati pada Isnin lepas.

Kesyahidan Nakhla menjadikan jumlah terkumpul penduduk Palestin yang terbunuh dalam siri Intifada Jerusalam yang bermula pada Oktober 2015 meningkat kepada 293 orang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea