Pihak berkuasa Tenaga Gaza: Cukai ke atas minyak tidak pernah dikenakan sebelum ini.

Jumaat, 14-04-2017 – Pihak berkuasa Tenaga di Gaza menyatakan, cukai yang dikenakan ke atas minyak yang dijual kepada loji janakuasa itu oleh pihak Berkuasa Palestin telah menyebabkan harga bahan tersebut meningkat tiga kali ganda dan menjelaskan cukai itu tidak pernah dikenakan sebelum ini.

Menurut pihak berkenaan, kenyataan seperti yang disuarakan oleh Fuad al-Shawbaki, Ketua Pengarah Petroleum, PA itu merupakan alasan yang mengelirukan dan cuba untuk mengelak dari dipertanggungjawabkan.

Kenyataan akhbar Shawbaki menyatakan, “Pihak berkuasa Tenaga Gaza meminta kami untuk menjual minyak dengan harga yang sama seperti mana dijual kepada pihak yang menerima geran dari kerajaan Qatar dan Turki dan mereka lupa bahawa kita berada dalam sebuah negara yang dijajah dan sedang menderita akibat krisis kewangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali