Hamas tidak akan bubarkan Jawatankuasa Pentadbir Gaza, kata Hayya.

Selasa, 25-04-2017 – Anggota Biro Politik Hamas, Khalil al-Hayya berkata, dasar yang diamalkan oleh Presiden Palestin, Mahmud Abas terhadap Gaza telah menceroboh urusan dalaman wilayah tersebut.

Semasa berucap dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh pihak Hamas di Gaza, beliau menyatakan bahawa, “Kami terkejut dengan tindaktanduk Abas terhadap Gaza,” dan menyatakan adalah menyedihkan dia telah menggunakan ├álasan agama bagi mewajarkan tindakan yang boleh membawa kehancuran terhadap Semenanjung Gaza.

Beliau menekankan tentang pentingnya perpaduan berasaskan kepada kerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain bagi menghadapi rejim penjajah Israel dan menambah sebaliknya Gaza pula yang sedang diperangi oleh Abas, seorang yang mahukan kemegahan kerana menjadi pencetus revolusi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali