Tahanan penjara menyertai perarakan kebebasan dan maruah

Selasa, 25-04-2017 – Tujuh tahanan yang sedang berada dalam keadaan sakit menyertai mogok lapar secara terbuka di Penjara Ashkelon untuk dua hari berturut-turut pada Selasa lepas. Jawatankuasa tahanan dan bekasan tahanan bersama Persatuan Banduan Palestin memberitahu kepada peguam Kareem Ajwa bahawa tujuh tahanan ini mengambil keputusan untuk turut sama menyertai mogok lapar bersama tahanan lain.

1,500 tahanan Palestin di penjara Israel memulakan mogok lapar bermula 17 April bersempena hari Tahanan Palestin bagi mendapatkan semula hak mereka untuk dibebaskan. Jumlah tahanan yang menyertai mogok lapar ini dijangkakan akan terus meningkat.

Untuk rekod, tahanan Palestin di penjara Israel telah melancarkan 23 siri mogok lapar sejak tahun 1967, dalam siri sebelumnya, ianya diadakan selama 63 hari pada tahun 2014.

Pihak Hamas mengumumkan mereka menyokong sepenuhnya mogok lapar ini dalam usaha mengembalikan kebebasan dan maruah tahanan. Lebih 6,500 tahanan warga Palestin ketika ini sedang di tahan di Penjara Israel termasuk 58 orang wanita, 300 orang kanak-kanak, 500 tahanan politik dan 1,800 tahanan yang mengalami sakit kritikal.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea