Haniyeh Gesa Rakyat Bertahan Dan Bersatu.


Selasa, 29/05/07 –
Perdana Menteri Palestin menggesa rakyat Palestin supaya bertahan dan bersatu di dalam keadaan seperti ini. Haniyeh mengucapkan takziah kepada para syuhada’ dalam serangan Israel serta menyeru rakyat supaya bertahan untuk menghadapi serangan Israel. Katanya,”darah para syuhada’ ini akan dituntut bela”.

Beliau sekali lagi mengulangi kepatuhannya kepada ketetapan undang-undang sambil menegaskan beliau menolak untuk meletak jawatan atau bertindak melampau. Haniyeh juga menyeru Liga Arab, Majlis Keamanan Antarabangsa, PBB supaya bertangungjawab.

Mengenai konflik Fatah dan Hamas pula, dua pertubuhan itu bersetuju untuk menghentikan pertempuran sesama mereka setelah kedua-duanya mengumumkan secara rasmi untuk menamatkan pertempuran selepas Mesir menjadi perantara antara kedua-duanya.