Parlimen Arab mengumumkan sokongan terhadap para tahanan Palestin

Rabu, 03-05-2017 – Jurucakap Parlimen Arab, Dr. Mishaal Bin Fahm Al-Salami, mengumumkan sokongan penuh dan kebersamaan terhadap para tahanan Palestin yang menderita di dalam penjara Israel.

Salami menyampaikan pengumuman tersebut dalam ucapan pada sesi pleno kelima dalam sidang perundangan kedua Parlimen Arab dengan tema “Kesatuan dengan tahanan Palestin”. Sesi tersebut diadakan pada Isnin, 24 April di ibu pejabat Sekretariat Umum Liga Negara Arab di Kaherah.

Beliau menyeru para ahli parlimen agar berdiri selama 1 minit bagi memberikan penghormatan kepada para tahanan Palestin yang memulakan kempen mogok lapar pada 17 April sempena Hari Tahanan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati