Al-Qassam memberikan Israel 24 jam untuk memenuhi tuntutan tahanan

Selasa, 09-05-2017 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata gerakan Hamas, memberikan tempoh 24 jam kepada pihak berkuasa Israel untuk memenuhi permintaan tahanan penjara Palestin yang sedang dalam mogok lapar. Mereka mendakwa akan menambah 30 nama baru setiap hari selepas tempoh yang ditetapkan dalam usaha menambahkan tekanan terhadap pihak berkuasa Israel.

Jurucakap Briged Abu Obaidah berkata dalam kenyataannya kepada media Selasa lepas bahawa perjuangan Briged Al-Qassam akan diteruskan sehingga semua tahanan dibebaskan. Beliau turut menekankan bahawa Briged Al-Qassam berdiri bersama-sama penduduk Palestin bagi menyokong tahanan dan tuntutan mereka.

Abu Obaidah memuji tindakan popular yang diadakan di Gaza Selasa lepas bagi menunjukkan solidariti kepada tahanan yang sedang dalam mogok lapar dan mengakhiri kepungan terhadap Gaza keseluruhannya. Beliau menyeru penduduk Palestin di Tebing Barat untuk turun ke jalanan pada Rabu hadapan bagi tujuan menunjukkan sokongan dan solidariti kepada tahanan.

Kenyataan Abu Obaidah dikeluarkan sehari selepas Perdana Menteri Israel; Benjamin Netanyahu meminta jaminan terhadap keselamatan tentera Israel yang sedang ditahan di Gaza. Netanyahu pada Selasa lepas menggesa agar tenteranya yang sedang ditahan di Gaza; Hadar Golden dan Oron Shaul, untuk dibebaskan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *