Hamas Seru ‘Kemarahan Umat’

Selasa, 30-05-2017 – Gerakan Hamas menggesa rakyat Palestin di Tebing Barat untuk mengambil bahagian dalam penentangan halangan Israel di beberapa tempat pada Jumaat depan bagi menandakan hari ke-40 mogok lapar terbuka yang dilancarkan oleh tahanan Palestin di penjara Israel.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Rabu, Hamas mengumumkan Jumaat depan sebagai hari kemarahan dan menyeru untuk mengambil tindak balas bagi menyokong tahanan mogok lapar yang makin kritikal. Ia juga bertujuan untuk mempertahankan al-Aqsa yang terus cuba ditawan Israel.

Hamas menyeru rakyat Palestin, orang Arab dan umat Islam untuk mengambil tindakan segera dalam memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk menyelesaikan isu mogok lapar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin