Pegawai PBB memberi amaran terhadap pengurangan bekalan elektrik ke Gaza.

Isnin, 19-06-2017 – Penyelaras bantuan kemanusiaan PBB bagi Palestin, Robert Piper, memberi amaran pada Rabu lepas menganai krisis yang bakal melanda penduduk Gaza sekiranya bekalan tenaga elektrik terus dikurangkan.

Beliau menyeru pihak berkuasa Palestin, Hamas dan Israel untuk meletakkan kebajikan penduduk Gaza sebagai perkara yang paling penting dan mengambil langkah bagi mengelakkan krisis berterusan. PBB merayu komuniti antarabangsa untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan untuk mengelakkan terputusnya bekalan ubat-ubatan, air bersih dan perkhidmatan perbandaran.

Awal minggu ini, kabinet Israel telah meluluskan langkah mengurangkan bekalan elektrik ke semenanjung Gaza susulan keputusan pihak berkuasa Palestin untuk mengurangkan jumlah bayaran terhadap bekalan tersebut sebanyak 30 peratus.

Keputusan ini akan menyebabkan kebanyakan rumah dan perkhidmatan awam hanya mempunyai elektrik selama 2 jam untuk tempoh sehari. Hospital, bekalan air, perkhidmatan sanitari telahpun terjejas sejak April lepas dan bekalan elektrik hanya bergantung kepada sumber minyak PBB yang disimpan bagi tujuan kecemasan. Pengurangan bekalan elektrik akan menyebabkan PBB terpaksa menyalurkan 1 juta minyak bagi tujuan menampung bekalan elektrik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *