Kerajaan Jordan menghantar memo protes kepada Israel atas pencerobohan Masjid Aqsa

Rabu, 21-06-2017 – Kerajaan Jordan pada Ahad lepas mengutuk keras pencerobohan yang dilakukan oleh sejumlah besar pihak berkuasa Israel dan ekstrimis Yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa pada pagi Ahad lepas. Selain menyerang penduduk yang sedang beribadah, pelampau mereka juga bertindak menyembur gas pemedih mata dan menutup pintu masjid.

Mohammad al-Momani, jurucakap kerajaan Jordan merangkap menter berkaitan media mengutuk aksi provokatif yang mencemarkan kesucian masjid Al-Aqsa dan melukakan perasaan umat Islam di seluruh dunia.

Momai menekankan, kerajaan Israel yang sedang menjajah Jerusalem Timur bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan masjid Al-Aqsa, pengunjung yang sedang beribadah dan para pekerja masjid dibawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Momani menambah bahawa Kementerian Luar Jordan telah menghantar memorandum kepada kedutaan Israel pada Ahad lepas yang mengutuk keras tindakan pencerobohan yang dilakukan kerajaan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea