Tahanan Kanak-kanak didenda 42,000 shekel di Penjara Ofer bulan lalu

Isnin, 10-07-2017 – Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Penjara mendedahkan bahawa Pihak Berkuasa Israel (IOA) mendenda tahanan juvana Palestin di penjara Ofer Israel sebanyak 42,000 shekels pada bulan Jun.

Dalam satu kenyataan pada Khamis lalu, jawatankuasa tersebut menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang mendadak berbanding denda yang dikenakan ke atas banduan muda pada bulan sebelumnya.

Badan kehakiman Israel baru-baru ini mengenakan denda terlalu mahal terhadap tahanan Palestin sebagai hukuman. Sekitar 35 orang kanak-kanak di bawah umur ditahan di seksyen juvana, penjara Ofer selepas ditangkap dari pelbagai lokasi bulan lepas. Mereka semua tertakluk kepada pelbagai bentuk penyeksaan semasa di dalam tahanan atau pemindahan ke pusat tahanan, kem tentera dan penempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul